25.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Keputusan terakhir PRU-15 diterima SPR 6.40 pagi

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (PRU) menerima keputusan terakhir bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu yang ke 220 pada pukul 6.40 pagi ini.

SPR dalam kenyataan berkata, ia membabitkan kerusi P.168 Kota Marudu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Datuk Wetrom Bahanda daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyatakat (KDM).

Wetrom memperoleh 24,318 undi untuk menang dengan majoriti 8,174 undi dalam persaingan enam penjuru itu, mengatasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dari GRS.

Maximus yang juga penyandang kerusi tersebut mendapat 16,144 undi diikuti Jilid @ Zainuddin Kuminding (Warisan) dengan 5,320 undi manakala Shahrizal Denci (DAP) memperoleh 3,225 undi.

Dua calon bebas, Norman Tulang dan Mohd Azmi Zulkiflee masing-masing hilang wang deposit apabila hanya menerima 660 dan 279 undi.

Advertisements

Dengan keputusan yang diperoleh daripada Kota Marudu itu, maka lengkaplah keputusan PRU-15 membabitkan 220 kerusi dengan kerusi Parlimen Baram dan Padang Serai ditangguhkan.

Proses pengundian di Parlimen Baram, Sarawak ditangguh berikutan cuaca buruk menyebabkan para petugas SPR gagal untuk hadir di pusat pengundian.

Manakala Parlimen Padang Serai pula disebabkan kematian salah seorang calon yang bertanding, dua hari sebelum hari pembuangan undi.

Sehubungan itu SPR menetapkan 7 Disember sebagai hari mengundi di Padang Seri manakala penamaan calon pada 24 Disember sementara pengundian awal 3 Disember,

Berikut keputusn penuh PRU-15 bagi kerusi Parlimen.

  1. Pakatan Harapan (PH) – 76 kerusi
  2. Perikatan Nasional (PN) – 51
  3. Barisan Nasional (BN) – 30
  4. Parti Islam Se-Malaysia (Pas) – 22
  5. Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 22
  6. Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – 6
  7. Democratic Action Party (DAP) – 5
  8. Parti Warisan Sabah (Warisan) – 3
  9. Bebas – 2
  10. Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) – 1
  11. Parti Bangsa Malaysia (PBM) -1
  12. Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) – 1

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan