24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Agong titah kemuka calon PM sebelum 2 petang esok

Parti-parti politik perlu menyelesaikan persetujuan untuk pembentukan kerajaan baharu Malaysia dengan kadar segera.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan kepada ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti agar mengemukakan calon Perdana Menteri sebelum pukul 2 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah tersebut disampaikan menerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun hari ini.

Menurutnya, Seri Paduka Baginda telah menerima laporan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (RU-15) yang berlangsung semalam daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah hari ini.

“Dokumen yang telah dikemukakan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata, atas titah perkenan Seri Paduka Baginda, beliau meminta Azhar agar mengemukakan kepada ketua parti-parti politik dan ketua gabungan parti-parti politik yang memenangi kerusi terbanyak agar mengemukakan hasil persetujuan bagi pembentukan kerajaan baharu.

Advertisements

Beliau berkata, ia selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang mana titah perkenan dan keputusan Seri Paduka Baginda berkenaan pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan Perdana Menteri menerusi proses yang telah dijelaskan adalah muktamad.

“Seri Paduka Baginda menasihati rakyat dan ketua parti-parti politik akur dan menghormati proses demokrasi serta menerima keputusan PRU-15 dengan tenang serta berlapang dada demi menjaga keutuhan negara kerana negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya.

“Seri Paduka Baginda turut mengingatkan bahawa negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa dan berintegriti untuk menjaga kemaslahatan rakyat dan memacu agenda kesejahteraan negara,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan