29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan Persekutuan: GPS setuju gabung dengan PN, BN, GRS

Mesti Baca

GABUNGAN Parti Sarawak (GRS) bersetuju membentuk gabungan Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), GPS dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, GPS telah mengambil keputusan dan tindakan tersebut demi untuk mengukuh dan menstabilkan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita semua sedia maklum bahawa tiada sesebuah parti mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan setelah selesai PRU15 semalam.

“Dunia dan negara kita bakal berhadapan dengan cabaran krisis ekonomi sekarang dan keadaannya dijangka akan menjadi lebih genting pada tahun hadapan.

“Demi untuk memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan ekonomi negara kita terpelihara maka sebuah kerajaan yang stabil dan kuat harus lah dibentuk dengan kadar yang segera,” katanya dalam sidang media di Kuching, hari ini.

Jesteru katanya, GPS bersetuju membentuk gabungan (coalition) PN, BN, GPS dan GRS bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang stabil dan kukuh demi rakyat berasaskan tiga ketetapan.

Advertisements

“Menegakkan keluhuran perlembagaan Malaysia, Perlembagaan Sarawak dan kedaulatan undang-undang yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).

“Menegakkan hak kebebasan beragama dan amalan kepelbagaian adat resam dan budaya di Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, Perjanjian Malaysia 1963 dan Laporan IGC.

“Autonomi dari segi perancangan pembangunan pendidikan dan kesihatan serta perkara-perkara lain yang mempunyai kepentingan Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata, fokus dan tanggungjawab utama GPS sekarang haruslah kepada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Pagi tadi, Abang Johari telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan gabungan bagi penubuhan kerajaan Persekutuan.

Pertemuan berlangsung di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan