26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Perkenal semula GST – Ka Siong

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mencadangkan kerajaan supaya melaksanakan semula cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dalam Belanjawan 2024.

Menerusi satu video pendek di Facebook, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, itu merupakan tiga cadangan dan satu rujukan yang dilontarkannya kepada kerajaan bagi memastikan sumber pendapatan negara terus stabil.

Ka Siong berkata, setiap kali belanjawan, kerajaan akan membentangkan perbelanjaan tanpa mengambil kira GST sebagai sumber pendapataan utama yang boleh membantu negara.

“Saya berkali-kali sebut tentang GST. Takkanlah kita setiap kali dalam Bajet (Belanjawan) kita hendak belanja, belanja, belanja tetapi tiada sumber pendapatan. Perkenal balik GST.

“Lima perkara dalam GST, kita boleh ada zero rated (kadar sifar), kita masih boleh ada exemption list (senarai pengecualian), kita boleh beri pemberian tunai, kurangkan kadar daripada enam peratus kepada empat peratus dan kita boleh tambah baik mekanisme untuk kita pulang wang itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, kumpulan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ketika ini dilihat sebagai kumpulan yang amat terdesak.

Menurutnya, Pelaksanaan Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) memberi kesan yang paling buruk kepada kumpulan berkenaan.

Advertisements

“Untuk ICPT, kerajaan tolong turunkan kadar ini, mereka terpaksa menanggung perbelanjaan lebih besar kos lebih tinggi.

“Cuti bersalin pula kalau semata-mata mereka tanggung tak boleh. Kerajaan patut fikir macam Singapura, bantulah majikan. Ketiga, memudahkan urusan untuk mengambil pekerja asing khususnya di sektor kotor, bahaya, sukar (3D). Itu permudahkan sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ka Siong turut mencadangkan kerajaan supaya kadar pelepasan cukai individu dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000 setahun.

“Tanggungan pelepasan cukai individu di mana ia dianggap sebagai tanggungan diri yang hanya dibenarkan RM9,000 untuk setahun. Eh, ini dah lebih 10 tahun, tolonglah, tidak boleh RM9,000 kerana kadar inflasi mesti tambah sampai RM12,000.

“Bagi ruang bernafas kepada kumpulan M40 dan T20. Kalau tidak ada disposable income (pendapat boleh guna), tak ada pendapatan yang lebih, mereka tidak boleh belanja, perniagaan pun tidak berjalan.

Dalam pada itu, Ka Siong meminta kerajaan merujuk kembali buku New Economic Model for Malaysia yang diterbitkan pada 2010.

“Walaupun 13 tahun berlalu saya tengok, dia ada strategik, reform, inisiatif, SRI 8, jelas sekali dia ada hala tuju dasar strategik, ini yang patut kita baca balik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan