32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sarawak kekal guna ringgit – Abang Johari

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SARAWAK tidak bercadang menggunakan mata wang sendiri sebaliknya akan kekal menggunakan mata Ringgit Malaysia (RM) seperti biasa.

Perkara itu disahkan sendiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg hari ini sekali gus menafikan kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Abang Johari berkata, bayangan yang disebut Ahli Parlimen Kapit itu sekadar pandangan peribadi apatah lagi penggunaan mata wang sendiri merupakan satu isu yang cukup rumit dan perlu penelitian khusus.

“Tak tahulah, itu sekadar pandangan peribadi Nanta Linggi. Kita sudah ada mata wang Malaysia, jadi kita kena ikutlah (gunakan ringgit),” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Auditorium Muzium Kebudayaan Borneo, di Kuching hari ini.

Abang Johari mengulas kenyataan Nanta Linggi yang membayangan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.

Bercakap dalam podcast Bual Studio dan Reka Sound untuk Merdeka dan Hari Malaysia, itu langkah yang boleh dipertimbangkan jika ekonomi negara kurang memberangsangkan berterusan.

Pada masa sama, beliau berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara susulan kenyataan yang dikeluarkan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan