25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

PRU15 : Larangan dron sehingga 19 November

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEPANJANG tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berlangsung, orang ramai diingatkan tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai.

Arahan itu dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menerusi kenyataan hari ini.

CAAM berkata, larangan itu temasuklah tiga tarikh penting yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Hari Penamaan Calon pada 5 November, Hari Mengundi Awal pada 15 November dan Hari Pengundian pada 19 November.

“Larangan ini juga termasuk sepanjang tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas Hari Penamaan Calon.

“Ini adalah untuk memastikan kelancaran PRU15 selain bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian tidak diingini.

“Terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya para pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas CAAM, semua pengendalian aktiviti dron di Malaysia tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs). – Edisi 9

Terkini

Kolam selam tempur siap Jun, kalau tidak JKR jawab – MB

KOLAM selam tempur di Kem Iskandar, Mersing dijangka siap pada Jun ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz...

Lagi Artikel Berkaitan