28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

‘Kecilkan Kabinet, bawa masuk teknokrat jika saya jadi PM’

Apa sahaja yang akan dilakukan selepas ini mestilah sejajar dengan manifesto Barisan Nasional (BN).

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob bercadang untuk mengecilkan saiz Kabinet dengan keanggotaannya turut diisi oleh tenaga teknokrat sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut Perdana Menteri, kepelbagaian kepakaran akan dijadikan panduan dalam membentuk barisan jemaah Menteri baharu kelak.

“Ya… ramai yang bercakap soal Kabinet terlalu besar. Saya akui memang terlalu besar dan pasti saya akan mengecilkannya.

“Dari sudut kepelbagaian kepakaran, akan saya jadikannya sebagai panduan untuk membentuk Kabinet nanti.

“Bukan sahaja terdiri daripada ahli politik tetapi dari segi teknokrat akan turut dimasukkan,” katanya dalam program Ruang Bicara Khas Kestabilan & Kemakmuran Bersama Perdana Menteri yang disiarkan di beberapa stesen televisyen utama, malam ini.

Ketika ditanya apakah yang akan beliau tawarkan bagi tempoh lima tahun akan datang sekiranya diberi peluang memimpin negara selepas PRU15, Ismail Sabri berkata, beberapa perkara terutamanya berkaitan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Naib Presiden UMNO itu berkata, apa sahaja yang akan dilakukan selepas ini mestilah sejajar dengan manifesto Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, manifesto BN dengan slogan Kestabilan dan Kemakmuran bakal diteruskan dan kejayaan ekonomi akan menjadi teras, walaupun negara dijangka berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi yang tinggi pada tahun hadapan.

“Yang pasti, kejayaan ekonomi diteruskan. Itulah core (teras) dia. Untuk negara kita, yang penting adalah kestabilan dan kemakmuran dari segi ekonomi.

Advertisements

“Walaupun kita tahu tahun depan, ketidaktentuan ekonomi agak tinggi dan ia adalah cabaran besar kepada kita,” katanya.

Perkara kedua yang akan diberi penumpuannya ialah mengenai kos sara hidup yang menjadi isu besar dan menjadi perbualan rakyat hari ini.

“Walaupun kita mengadakan Jawatankuasa Jihad Perangi Inflasi dan sebagainya, kita akan menambah baik setiap kelemahan kerana yang paling penting bagi rakyat adalah isu harga barang yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkara, semua agensi dan jabatan kerajaan akan diperkasakan selepas banyak rungutan mengenai kerenah birokrasi yang melampau dalam jabatan kerajaan.

“Kadang-kala ini menghindarkan kemasukan pelabur asing ke negara kita. Jika dibandingkan dengan negara lain, setiap kelulusan itu terpaksa menunggu lama (di negara kita). Kerenah birokrasi ini perlu diberikan fokus.

“Dasar luar kita juga mesti diubah kerana suatu ketika dahulu kehadiran Malaysia di luar negara dengan dasar luarnya amat dirasai tetapi mungkin akhir-akhir ini ia agak kurang, mungkin disebabkan masalah COVID-19.

“Kita perlu dilihat lebih terbabit dan kehadiran kita dalam memperjuangkan isu besar dirasai oleh dunia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan