27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Syabas! Hampir 95% pengundi awal tunai tanggungjawab

Mesti Baca

SEBANYAK 212,961 orang atau 94.72 peratus daripada keseluruhan pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Bugaya, Sabah hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan masing-masing.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

Advertisements

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pengundian awal membabitkan 224,828 orang yang layak untuk mengundi di 578 pusat mengundi awal PRU-15 dan PRK Bugaya hari ini yang dibuka mulai 8 pagi sehingga 5 petang.

Untuk rekod, dalam PRU-14 lalu, sebanyak 83 peratus daripada 278,590 anggota keselamatan dan pasangan keluar mengundi awal di 586 pusat pengundian melibatkan 910 saluran mengundi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan