32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Najib kesal dakwaan dibebaskan jika BN menang – Peguam

Najib secara konsisten sejak perbicaraannya bermula pada 2018 mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah,

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan dakwaan bahawa beliau akan dibebaskan segera melalui pengampunan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, anak guamnya itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut yang sengaja dimainkan oleh parti-parti lawan.

Menurutnya, Najib secara konsisten sejak perbicaraannya bermula pada 2018 mahu dibebaskan melalui proses kehakiman di mahkamah kerana ingin membuktikan integriti dan legasinya.

“Anak guam kami sangat kecewa terhadap penggunaan namanya dalam propaganda politik tidak berasas biarpun sudah dipenjarakan.

“Najib yakin peluang beliau untuk dibebaskan dari penjara adalah melalui permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan sejajar dengan Peraturan 137 dan Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995″, katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Muhammad Shafee lagi, Najib kekal menyatakan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah menggunakan RM42 juta bagi dirinya dan meminta atau ditawarkan sebagaimana digambarkan dalam perbicaraan SRC.

Menurutnya, Najib tidak pernah dan tidak akan meminta semua pertuduhan terhadapnya digugurkan tanpa melalui proses kehakiman yang adil dan seimbang.

“Selain itu, Mahkamah Tinggi, semalam, mengekalkan bahawa semua barangan yang disita pada 2018 bukan hasil dari aktiviti haram tetapi hadiah yang diberikan kepada anak guam kami dan keluarganya oleh kenamaan, ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Sehubungan itu, anak guam kami menggesa supaya semua seteru politik tidak lagi menggunakan namanya bagi propaganda politik dan membenarkan proses perundangan dan kehakiman yang adil serta seimbang dapat dilaksanakan.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan