27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Landasan berkembar elektrik Gemas-JB 85 peratus siap

Projek landasan berkembar sepanjang 192 kilometer itu membabitkan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah tiga jam 30 minit.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROJEK Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru berjalan lancar dan sudah mencapai 85 peratus siap.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, trek landasan projek itu dijangka siap pertengahan tahun depan, sekali gus membolehkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dihubungkan dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor.

“Oleh kerana kita menunggu depoh yang dibuat di Kempas, kita perlu sedikit masa. Kita akan melakukan kaedah partial completion untuk kita gunakan landasan itu.

“Kemudian, kita boleh menggunakan perkhidmatan ETS dan pada masa sama, kita perlu lakukan ujian ETS dan sebagainya.

“Jadi saya rasa yang penting, projek ini berjalan dan kita pastikan dalam secepat mungkin ia dapat menyediakan perkhidmatan ETS kepada masyarakat hingga ke Johor,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Stesen KTM Kluang, di sini, hari ini.

Hadir sama, calon BN Parlimen Kluang, Gan Ping Sieu.

Ujar Ka Siong lagi, ketika ini perkhidmatan ETS hanya ada di laluan Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur dan mendapat sambutan hangat sehingga tiketnya sentiasa habis terjual.

“Saya rasa untuk selatan pula, ia perlu diperlengkapkan. Saya harap sedikit masa lagi dapat melengkapkan. Landasan sudah siap, maka perkhidmatan itu boleh diteruskan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga merancang untuk menambah jumlah gerabak ETS baharu di laluan berkenaan namun ia tertakluk kepada kemampuan kewangan negara.

“Sudah pasti (tambahan gerabak ETS) kita melihat permintaan itu agak besar dan saya melihat potensi membawa penumpang ini adalah satu mod pengangkutan yang sangat popular.

“Kita ada perancangan tetapi bergantung kepada kemampuan kewangan negara,” katanya.

Projek landasan berkembar sepanjang 192 kilometer itu, akan melalui 11 stesen dengan tren berkuasa 25,000 voltan itu akan bergerak selaju 140 kilometer sejam dan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah tiga jam 30 minit.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan