32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Jangan termakan janji saudagar mimpi – Muhyiddin

Muhyiddin memohon pengundi awal untuk menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat untuk tidak termakan janji saudagar mimpi yang belum terbukti.

Dengan kata lain menurut bekas Perdana Menteri itu ialah jangan termakan janji bagi mereka yang tidak mementingkan integriti.

“Lakukan tanggungjawab anda. Kita buka lembaran baharu, bersama-sama kita menggembleng semangat kesatuan, untuk Malaysia yang lebih aman dan makmur.

“Do what is right. Vote Perikatan Nasional. Undilah Perikatan Nasional. Kuasa ada di tangan anda. Pilih dengan yakin dan berani,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu dalam hantaran berkenaan Muhyiddin memohon pengundi awal untuk menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

“… ini adalah hak anda dalam sistem demokrasi untuk memilih mana-mana parti atau pun calon yg boleh bertanding di pilihanraya ini.

“Dan pastinya harapan saya dan doa saya supaya saudara semua dan anda semua akan mengundi kepada calon-calon PN,” katanya.

Malah menurut beliau, mengundi PN adalah bagi memastikan sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil

“Prihatin, tidak putus putus mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, menyelesaikan masalah dan merangka wawasan maju ke depan.

“Sebuah kerajaan yang bersih. Didasari nilai integriti dan menolak rasuah, menampal ketirisan agar hasil kekayaaan negara kekal di tangan rakyat. Duit rakyar diurus dengan amanah, untuk menjana pembangunan dan merancakkan semula ekonomi.

“Sebuah kerajaan yang stabil dengan keharmonian politik yang jitu, menjaga kepentingan semua kaum, melindungi kedaulatan negara.

“Jika ini yang anda mahu, Undilah Perikatan Nasional. Pangkah Peringkatan Nasional di kertas undi,” ujarnya.

Malah tidak cukup dengan itu beliau menegaskan undilah dengan yakin dan percaya bahawa setiap undi akan menyumbang kepada pembentukan sebuah Kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan