25.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Rasuah projek solar: Pengurusan kes rayuan Rosmah pada 19 Dis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TARIKH akhir pengurusan kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditetapkan pada 19 Dis ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yih Tinn memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Norkamilah Aziz ketika pengurusan kes, hari ini.

Menurut Poh, pihak pendakwaan akan memohon supaya rayuan Rosmah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes dan membuat keputusan mengenai kes solar tersebut didengar bersama dengan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan.

Prosiding yang berlangsung secara dalam talian itu turut disertai peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Rosmah.

Baca juga:   Yana kongsi gambar Rosmah berdoa di subuh hari

Rosmah, 70, yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Okt lepas, telah mengemukakan 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menjatuhkan hukuman terhadapnya adalah berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan yang betul.

Pada 1 Sept lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Baca juga:   Beg tangan, kasut Rosmah, Nooryana hadiah orang kenamaan

Mahkamah juga memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rosmah dituduh atas satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin. – BERNAMA

Wartawan

Terkini

Op Tapis Khas: 28,710 individu ditahan pelbagai kesalahan dadah

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 28,710 individu kerana disyaki terbabit pelbagai kesalahan dadah di seluruh negara dalam 'Op Tapis...

Lagi Artikel Berkaitan