31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

PM umum 18 dan 19 November cuti am, gaji awal, tol percuma

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang hadir merasmikan pecah tanah Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Putrajaya petang ini, berkata pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

“Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penjawat awam akan mendapat gaji awal pada bulan ini, iaitu pada 17 November.

Baca juga:   Wanita PN sokong penuh Muhyiddin, junjung titah Agong

Manakala, bayaran pencen kepada pesara kerajaan juga diawalkan kepada 14 November, iaitu hari ini.

7 November lalu, Cuepacs mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan tarikh 18 November ini sebagai cuti umum khas bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada PRU15 pada 19 November.

Selain dua berita gembira yang dinanti-nantikan pengundi itu, satu lagi berita gembira diumumkan Ismail Sabri iaitu 30 konsesi lebuh raya telah bersetuju memberi tol percuma pada 18 dan 19 November kepada pengguna.

Baca juga:   8,516 majikan manfaat program Jamin Kerja - Insentif Penggajian

Menurut beliau, tol percuma akan bermula dari jam 12.01 pagi 18 November hingga 11.59 malam pada 19 November melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan sekitar 90 peratus dari jumlah keseluruhan kenderaan di lebuhraya.

Ini bagi memudahkan pergerakan rakyat Malaysia bagi melaksanakan tanggung jawab pada hari pengundian PRU-15 ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan