34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM ingatkan pengundi di Parlimen Santubong jangan keliru

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan kepada pengundi di Parlimen Santubong supaya tidak terkeliru dengan calon bebas yang menggunakan tagline kempen BN.

“Barisan Nasional (BN) tidak pernah merestui sesiapa pun, jadi kalau mereka gunakan nama BN, mereka sendiri pakai sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, ia tiada kena mengena langsung dengan BN.

“Jadi pengundi-pengundi di Parlimen Santubong jangan keliru,”katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan replika cek kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tindakan seorang usahawan, Affendi Jeman yang mendakwa sebagai penyokong tegar Barisan Nasional (BN).

Affendi bertanding atas tiket bebas di kerusi Parlimen Santubong dan menggunakan singkatan ‘BN’ dalam tagline kempennya pada PRU15.

Dalam pada itu, Ismail Sabri sering mengingatkan seluruh jentera BN supaya tidak perlu buat sebarang provokasi serta fitnah kepada sesiapa sepanjang berkempen dalam PRU15, sebaliknya berkempen secara harmoni.

“Perkara biasa (fitnah) bagi parti lawan, Pakatan Harapan (PH). Saya beritahu di peringkat jentera BN, tidak perlu kita buat fitnah kepada sesiapa, saya tahu kita mesti jalankan kempen dengan cara harmoni tidak ada provokasi serta fitnah.

“Yang paling penting kita perlu memberi jaminan kepada rakyat yang gabungan itu akan membela nasib semua pihak jika BN memenangi PRU15.

“Produk kita perlu kita jual, jangan kita terlampau burukkan produk orang lain. Kalau rakyat terima produk kita pastinya mereka akan terima,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan