24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Muhyiddin tak tergugat ramalan tewas di Pagoh

Dakwaan itu tidak menggugat keyakinannya untuk meraih kemenangan bagi kerusi yang telah lama disandangnya itu. 

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENYANDANG kerusi Parlimen Pagoh sejak enam penggal lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tergugat sedikitpun dengan ramalan kekalahannya bagi kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dakwaan itu tidak menggugat keyakinannya untuk meraih kemenangan bagi kerusi yang telah lama disandangnya itu. 

“Tak apalah orang tak suka saya, jika tidak (ada) yang ramal pun, mereka akan kata biar saya kalah. Tidak mengapa, ia sekadar pandangan.

“Saya berada di sana hampir setiap hari, dah lama di Pagoh, lebih 40 tahun. Orang Pagoh tahu apa yang saya lakukan. Saya sentiasa menjawab pelbagai isu dan masalah mereka,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi PN, di Ibu Pejabat PN, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi PN merangkap Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan yang tersebar termasuk menerusi aplikasi Whatsapp, yang meramalkan Muhyiddin bakal kalah di kerusi Pagoh.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyuarakan kemungkinan Muhyiddin kehilangan sokongan pengundi di Pagoh kerana gabungannya bekerjasama dengan parti konservatif, PAS.

Advertisements

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu bagaimanapun optimis kepercayaan kukuh masyarakat di Pagoh akan membantunya terus menerajui kerusi Parlimen itu.

“Saya yakin dan percaya sebahagian besar penduduk di Pagoh, termasuk Melayu, Cina, India dan Orang Asli akan bantu bagi saya meneruskan peranan sebagai Ahli Parlimen di Pagoh. Apa pun ramalan, tidak mengapa.

“Ada orang kata saya akan menang cemerlang, ada juga kata saya (bakal) kalah teruk, semuanya saya pertimbangkan.

“Tapi saya tahu denyutan nadi orang Pagoh yang sebahagian besarnya mengharapkan supaya saya beroleh kemenangan,” katanya.

Pada PRU15 ini, Muhyiddin berdepan pertembungan tiga penjuru dengan dicabar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim yang mewakili BN dan Iskandar Shah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan