34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jangan percaya kaji selidik propaganda musuh BN – Zahid

Terdapat pengelola survei yang rapat dengan sesebuah parti politik tertentu.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKYAT diingat tidak terpengaruh dengan dapatan kaji selidik yang dibuat pihak-pihak tertentu berkenaan sentimen pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana terdapat pengelola kaji selidik berkenaan rapat dengan sesebuah parti politik tertentu.

Malahan beliau berkata, terdapat juga kaji selidik berkenaan walaupun pada luarannya kelihatan tidak rapat dengan parti tertentu namun mesra dengan pemimpin atau wakil pemimpin terbabit.

“Yang jelas penemuan survei (kaji selidik) tersebut hampir dekat dengan cita rasa pemimpin tertentu atau sesebuah parti tersebut.

“Terdapat sampel pengundi ada kalanya tidak sampai 1,500 pengundi. Namun penemuan tersebut seolah-olah menggambarkan seluruh situasi, sikap dan pendirian 21 juta pengundi negara.

“Inilah yang banyak dilakukan oleh musuh BN pada ketika ini yang amat terdesak dan malu berdepan kekalahan tidak lama lagi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Ujar Presiden UMNO itu, ada kalanya soalan kaji selidik yang ditanya adalah melalui panggilan telefon secara rambang.

“Sudah pasti pengundi yang dihubungi tidak akan memberikan jawapan sebenar terutamanya dalam soalan kecenderungan pengundi lebih-lebih lagi kita selalu diberitahu bahawa undi itu adalah rahsia pengundi.

“Maka sampel pengundi yang disoal selidik yang langsung tidak mengenali pemanggilnya sudah pasti meragui motif pemanggil tersebut.

Malah menurut beliau, amat sukar bagi pengundi yang dihubungi tersebut berterus terang mengenai isi hati sebenarnya.

“Lebih-lebih lagi soalan bertalu-talu dikemukakan menyebabkan ketidakselesaan, ditambah lagi nombor diperoleh tak diminta izin terlebih dahulu daripada tuan badan.

“Hakikatnya, terdapat keghairahan pihak tertentu khususnya untuk melakukan psywar atau perang psikologi secara terancang untuk memberikan imej kononnya parti mereka sudah mara ke hadapan, walau pun kita tahu realiti sebenar adalah sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberikan contoh Perikatan Nasional (PN) cuba bermain perang psikologi di media sosial seolah-olah mampu memenangi banyak kerusi.

“Banyak juga perang psikologi seperti melalui tiktok digunakan untuk mereka sampaikan dakyah palsu populariti mereka.

“Sedangkan untuk PN menang 25 kerusi seluruh negara adalah suatu yang mustahil berlaku kerana jumlah ahli sangat sedikit dan ada pula kerana tidak yakin dengan perjuangan PN, terdapat juga keluar dari Bersatu secara beramai-ramai.

“Yang Bersatu terserlah ialah sumber dana yang besar dengan terdapat kemampuan memacak bendera mereka dengan lebih berganda walaupun parti tersebut baru setahun jagung usianya,” kata beliau.

Kesemua itu menurut Zahid, hanyalah bersifat kosmetik semata-mata dan hakikatnya PN tidak popular dan sudah ditolak oleh peringkat akar umbi rakyat di negara ini.

“Semoga ahli BN tidak terpengaruh dakyah palsu musuh BN yang cuba pelbagai cara untuk memperkecilkan impak BN terhadap pilihan raya umum kali ini.

“Mereka sendiri dalam ketakutan. Beberapa parlimen seperti Pagoh, Larut, Bukit Gantang, Batang Serai, Masjid Tanah, Jeli, Hulu Terengganu, Mersing, Sabak Bernam, Tasik Gelugor adalah antara parlimen yang dikenal pasti akan berjaya dirampas kembali oleh BN kali ini,” katanya.

Malah menurut beliau, musuh BN tahu pada hari-hari terakhir menjelang pengundi peluang mereka menabur kepalsuan melalui psywar mereka dengan harapan rakyat akan termakan dengan perang psikologi murahan mereka.

“Teruskanlah kita bergerak kempen dari pusat daerah mengundi ke pusat daerah mengundi, ceramah berkelompok, menyantuni pengundi dari rumah ke rumah. Ini adalah antara kekuatan kita selain kempen melalui media sosial dan big crowd yang semakin menunjukkan perkembangan positif untuk BN,” katanya.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan