24 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 1, 2022

Tak tiru PN, manifesto BN ikut realiti dan keperluan rakyat

Manifesto BN adalah janji-janji yang ditawarkan dengan mengambil kira pandangan ahli akademik, profesional dan teknokrat.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARTI politik lain tidak perlu membuat dakwaan kononnya tawaran tertentu dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sebagai hak mereka kerana perkara yang lebih penting dalam manifesto adalah keperluan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tidak timbul isu bahawa manifesto BN meniru manifesto parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana tawaran yang diberikan kepada rakyat itu berasaskan kepada realiti.

“Sebenarnya apa yang penting adalah tawaran kepada rakyat, bukan nak bergaduh pasal manifesto kerana (hasrat) yang kita mahu sekarang adalah apa manfaat yang rakyat boleh dapat berasaskan kepada realiti dan praktikal, itu sahaja.

“Tak perlulah nak claim (tuntut) ini saya punya atau itu awak punya kerana yang penting kita nak tolong rakyat, ini bukan soal nak jadi popular, apa perkara yang praktikal dan boleh dilaksanakan untuk membantu rakyat.

Baca juga:   Bayi perempuan cukup sifat ditemukan atas sofa

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyertai gotong royong membersihkan Masjid FELCRA Kubang Kenyeng di Kuala Nerang, Kedah, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Mohd Razman Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Mohd Amran Mohd Ariffin.

Semalam, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mendakwa BN meniru manifesto PN berhubung isu kerakyatan anak yang dilahirkan di luar negara.

Mahdzir dalam pada itu turut menolak tanggapan bahawa manifesto BN tidak relevan.

Baca juga:   BWI telah disalur ke negeri-negeri terjejas banjir - KSN

Ini kerana katanya manifesto BN adalah janji-janji yang ditawarkan dengan mengambil kira pandangan ahli akademik, profesional dan teknokrat bagi menentukan apa yang terbaik untuk rakyat bagi jangka pendek dan jangka panjang. 

Sementara itu mengulas mengenai kempen PRU15 yang masih berpaksikan tuduhan palsu dan fitnah, Mahdzir berkata pembangkang akan menggunakan apa sahaja kaedah untuk mencipta naratif negatif.

“Ia jelas beliau bertujuan memburukkan pemimpin dan dasar kerajaan serta akan dijadikan bahan kempen sehingga ke hari pengundian.

“Sebab itu saya fikir dalam naratif dan optik pembangkang memang macam itu untuk mencari sebab untuk attack (serang), jadi tak terkecuali dengan siapa-siapa yang ada dalam institusi ini termasuk yang dalam kerajaan akan jadi sasaran,” katanya.

Beliau mendakwa pembangkang juga sudah lama mengamalkan perkara itu dengan tujuan menjadikan pemimpin dan kerajaan kelihatan lemah dan buruk.

Namun beliau menegaskan kerajaan tetap mempunyai kekuatan dan semangat untuk melawan mereka kerana yakin berada di landasan yang betul untuk berkhidmat kepada rakyat.

Baca juga:   Calon muka baharu BN mampu tarik sokongan pengundi

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Klip video amaran rusuhan 13 Mei kandungan berbayar – MCMC

TIGA klip video berhubung amaran rusuhan 13 Mei yang dimuatkan di dalam aplikasi TikTok merupakan kandungan berbayar, kata Suruhanjaya...

Lagi Artikel Berkaitan