24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

FDAM gesa semua ahli, penggiat seni keluar mengundi

Langkah berkenaan secara tidak langsung adalah bagi memastikan proses PRU15 berjalan lancar.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa agar semua ahli FDAM dan penggiat seni keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Presiden FDAM Ahmad Ibrahim berkata, semua syarikat produksi dan stesen televisyen (TV) termasuk pengarah yang sedang atau akan menjalani penggambaran pada tarikh PRU15 juga diharap dapat menangguhkan penggambaran bagi tujuan mengundi.

Menurutnya, langkah berkenaan secara tidak langsung adalah bagi memastikan proses PRU15 berjalan lancar.

“Penggiat seni turut memainkan peranan penting sebagai rakyat Malaysia untuk pergi mengundi. Ini merupakan tanggungjawab penting yang wajib dilaksanakan tanpa ada sebarang alasan, kekangan atau isu membabitkan aspek kerja pada tarikh PRU15.

“Buat semua ahli FDAM dan penggiat seni, marilah kita beramai-ramai pergi mengundi pada 19 November ini. Penggiat seni juga penentu masa depan negara, tunaikan kewajipan anda pada negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Ahmad lagi, FDAM juga memandang serius sekiranya ada syarikat produksi mahupun stesen TV yang bersikap tidak bertimbang rasa dalam memberi kebenaran pada penggiat seni pergi mengundi.

Advertisements

Menurutnya, apa jua penggambaran boleh ditangguhkan kerana mengundi pada PRU15 merupakan tugas penting demi masa depan negara.

“Sebagai cadangan, syarikat produksi dan stesen TV boleh membuat penjadualan semula tarikh penggambaran yang sepatutnya dilakukan pada tarikh mengundi PRU15.

“FDAM juga menyokong dan berterima kasih pada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memberikan cuti khas sehari sebelum tarikh mengundi iaitu pada 18 November untuk penggiat seni balik mengundi.

“Sudah tentu ada penggiat seni yang mungkin mengundi di kampung mereka yang jauh dan ini memberi peluang pada mereka pulang untuk mengundi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan