30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

FDAM pandang serius kandungan filem Mentega Terbang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERSATUAN Pengarah Filem Malaysia (FDAM) memandang serius isu kandungan filem Mentega Terbang yang mencetuskan sensitiviti dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Presidennya, Dr Ahmad Ibrahim berkata, isu sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip perpaduan dan menghormati agama masing-masing apatah lagi cuba menyampaikan mesej yang boleh memesong akidah umat Islam.

“FDAM kecewa kerana pengarah filem tersebut merupakan ahli FDAM yang menunjukkan kesalahan dari aspek falsafah dan etika pengarahan yang secara jelas melanggar prinsip rukun negara serta konsep Malaysia Madani.

“Pendirian FDAM berpandangan orang ramai tidak perlu menonton filem tersebut sebelum mengkritik kerana babak dan dialog yang dipaparkan dalam filem itu secara jelas menghina agama Islam.

“Tak perlu tonton filem sebegini. Menerusi dua babak seperti percakapan bapa kepada anak perempuan tentang memilih agama dan perbualan makan babi memberikan mesej yang jelas,”katanya menerusi kenyataan di sini.

Beliau berkata, FDAM akan mengambil tindakan dengan memanggil pengarah tersebut (Khairil Anwar) untuk memberi penjelasan berhubung isu kontroversi ini dan memohon pengarah itu agar memohon maaf pada penonton dan umat Islam.

Advertisements

“Isu sensiviti membabitkan agama tidak perlu dipermainkan sama ada menerusi lakonan atau sebagainya.

“Malah, merujuk Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan Islam ialah agama rasmi dan rakyat Malaysia perlu saling menghormati agama-agama lain,”katanya.

Jelas beliau, FDAM juga menyokong saranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agar mengambil tindakan segera terhadap filem ini termasuk mereka yang terbabit.

Semalam, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan filem Mentega Terbang mengandungi unsur-unsur yang jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di Malaysia yang beraliran mazhab Shafie.

Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, JAKIM akan memberikan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan selanjutnya diambil.

Beliau berkaya, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi terhadap apa juga kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian Islam, jelik dan mengundang kontroversi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akmal kekal luar Kabinet selagi UMNO belum dapat kepercayaan

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berpendirian untuk terus kekal berada di luar Kabinet selagi partinya belum mendapat kepercayaan...

Lagi Artikel Berkaitan