26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Agong terima menghadap Sheikh Hamdan Zayed di Abu Dhabi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap wakil pemerintah di Wilayah Al Dhafra, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah UAE Sheikh Hamdan Zayed Al Nahyan di Emirates Palace Hotel, Abu Dhabi semalam.

Turut hadir dalam sesi menghadap yang berlangsung pada 6.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam waktu Malaysia) ialah Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

Menurut catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, dalam sesi menghadap itu Seri Paduka menzahirkan penghargaan atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan UAE dan Persatuan Bulan Sabit Merah UAE, dalam menyampaikan sumbangan kerajaan Malaysia sejumlah 40 tan barangan bantuan kemanusiaan di Syria

Selain itu, kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan UAE, serta bidang kerjasama berpotensi yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara.

Baca juga:   Agong, Raja Permaisuri zahir tahniah kepada Liek Hou

Al-Sultan Abdullah berada di UAE bagi lawatan khas tujuh hari bermula 24 Feb.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat mengiringi Al-Sultan Abdullah dalam lawatan itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan