26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, December 4, 2023

Laksana tender RTB Sungai Pemandi RM25 juta – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PROSES tender bagi Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pemandi di Kota Tinggi, Johor yang dianggarkan sebanyak RM25 juta akan dilaksanakan segera bagi menaiktaraf sistem perparitan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hujan lebat yang berterusan, limpahan air sungai dan sistem perparitan yang tidak sempurna menjadi faktor berlakunya banjir ketika tinjauan beliau.

“Ini semula adalah langkah jangka sederhana dan panjang yang akan dilakukan. Namun apa yang pasti, kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pusat bagi menguruskan banjir ketika ini perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan semua rakyat yang terkesan banjir dapat dibantu dengan baik,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, selepas ke Rompin, Pahang, beliau turun ke Kota Tinggi, Johor untuk melihat situasi semasa banjir di sana.

Menurutnya, setakat pukul 6 petang (semalam), dilaporkan seramai 2921 orang penduduk dan 773 keluarga telah terkesan dengan banjir di daerah itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyatakan sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir.

Menurutnya, peruntukan segera itu bagi memastikan semua kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, memandangkan angka penduduk terjejas terus meningkat.

-EDISI9

Terkini

Lantik Raja Affandi sebagai Ahli Dewan Negara – Shabery

KERAJAAN diminta mempertimbangkan cadangan melantik calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Jeneral (B) Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan