24 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Pasca PRU15: Wanita UMNO seru beri kepercayaan pada Zahid

Langkah itu perlu bagi memastikan UMNO dan BN terus perlu memandang ke hadapan demi kelangsungan parti tersebut.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEMUA ahli Barisan Nasional (BN) dan UMNO khususnya diseru untuk bersama-sama memberi kepercayaan, keyakinan dan bersolidariti dengan Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, keyakinan dan solidariti itu juga harus diberikan kepada pucuk pimpinan parti dalam usaha untuk memulihkan keyakinan rakyat.

Menurut beliau, langkah itu perlu bagi memastikan UMNO dan BN terus perlu memandang ke hadapan demi kelangsungan parti tersebut.

“Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu merupakan suatu isyarat jelas daripada rakyat yang harus diinsafi dan dihormati oleh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional.

“Kita perlu akur untuk menerima dan menghormati mandat yang telah diberikan ini. Ini bukan masa yang sesuai untuk kita meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Baca juga:   UMNO berantakan, wujud dua kumpulan, Ku Li ada majoriti ?

Malah, Noraini juga menasihatkan kesemua ahli untuk mengambil ikhtibar dan pelajaran serta jadikan ianya sebagai titik permulaan untuk UMNO dan Barisan Nasional mengorak langkah bagi mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat.

Menurutnya, keputusan PRU15 juga menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti yang berjaya mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Alhamdulillah, kebuntuan yang berlaku dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

“Barisan Nasional menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kerajaan perpaduan yang dibentuk ini stabil demi kemakmuran rakyat dan negara,” katanya.

Baca juga:   Percaturan politik jahat, Zahid nafi berbual dengan Anwar

BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah menyertai PRU apabila hanya mendapat 30 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandinginya.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dr Amalina rasa bangga dijemput ke Istana Buckingham, London

SIAPA yang tidak rasa bangga apabila dapat menjejakkan kaki di Istana Buckingham, London. Begitulah yang dirasai pakar bedah kelahiran Malaysia,...

Lagi Artikel Berkaitan