34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Shah Rukh Khan tunai umrah

Pelakon tersebut terus mengerjakan umrah selepas menyempurnakan filem Dunki yang menjalani penggambaran di Arab Saudi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BINTANG Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, sejak kelmarin.

Gambar serta video aktor berusia 57 tahun itu di berada Mekah lengkap memakai ihram dan diiringi beberapa lelaki dipercayai pengawal peribadi telah tersebar di media sosial.

Menerusi foto tersebut, dapat dilihat SRK turut memakai pelitup muka.

Namun ramai dalam kalangan jemaah lain yang berada di situ tetap mengenalinya.

Menurut Hindustan Times, pelakon tersebut terus mengerjakan umrah selepas menyempurnakan filem Dunki yang menjalani penggambaran di Arab Saudi.

Advertisements

Dunki merupakan kerjasama pertamanya dengan pengarah, Rajkumar Hirani yang berkisar cubaan memasuki negara lain secara haram.

Berdasarkan perancangan, selepas selesai ibadah itu, Shah Rukh Khan akan menyertai pula Festival Filem Red Sea di Jeddah.

Sementara itu, Wartawan Arab Saudi, Saud Hafiz dalam hantaran di akaun Twitternya berkongsi dua keping foto Shah Rukh Khan di Masjidilharam lengkap berpakaian ihram.

Saud juga menitipkan doa semoga Allah menerima ibadah aktor tersohor dunia itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan