26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

MOTAC gantung lesen Pasadana Travel & Tours lapan bulan

Mesti Baca

LESEN sebuah syarikat pengendalian pakej umrah, Pasadana Travel & Tours Sdn Bhd digantung selama lapan bulan berkuat kuasa 20 April lalu hingga 31 Disember ini.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata, penggantungan lesen syarikat itu adalah selaras dengan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] di bawah subseksyen 8(1)(b).

Menurut MOTAC, syarikat tersebut telah didapati menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara.

“Dalam tempoh penggantungan lesen ini, syarikat tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu seperti mengiklankan pakej umrah dan mengambil jemaah baharu untuk mengerjakan umrah.

Advertisements

“Dalam tempoh penggantungan ini juga, syarikat tersebut dikehendaki memulangkan semula bayaran dan apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan syarikat.

“Sekiranya didapati syarikat melanggar syarat ini, tindakan pembatalan lesen boleh diambil dan tiada pembaharuan lesen akan dibenarkan setelah habis tempoh lesen,” kata kenyataan itu hari ini.

April tahun lalu, seramai 80 bakal jemaah umrah mengalami kerugian sebanyak RM600,000 selepas hasrat mereka untuk ke Tanah Suci Mekah tidak kesampaian apabila mendakwa ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

Mereka sudah membuat bayaran penuh kepada agensi pelancongan tersebut sejak Oktober 2022 untuk penerbangan pada Disember 2022, namun sehingga tarikh tersebut wang tersebut tidak dikembali kepada bakal jemaah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan