26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Jenazah pendaki maut di Gunung Denali dibawa pulang hari ini

Mesti Baca

JENAZAH pendaki negara, Allahyarham Zulkifli Yusof yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Denali, Alaska, Amerika Syarikat akan dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam kenyataannya berkata, pada masa kini jenazah Allahyarham ditempatkan di rumah mayat di Anchorange, Alaska.

Kenyataan itu berkata, jenazah akan diterbangkan pulang pada pukul 7.15 pagi waktu tempatan dengan penerbangan transit di Los Angeles dan Incheon, Korea Selatan.

“Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 15 Jun 2024 jam 8.55 pagi melalui penerbangan Korean Airlines,” kata kenyataan itu hari ini.

Sejurus tiba, jenazah akan dibawa ke Masjid Al Mahmudiah Kampung Temerlok, Trong, Taiping, Perak dan dijangka akan dikebumikan selepas solat zohor.

Kedudukan Football Field di Gunung Denali di mana tiga pendaki negara terperangkap sejak Selasa akibat cuaca buruk. – Foto: Denali National Park

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Konsulat General Malaysia di Los Angeles membantu menguruskan kepulangan Allahyarham,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Zulkifli dilapor meninggal dunia semasa berlindung di snow cave di kawasan dikenali sebagai Football field pada ketinggian 5,456 meter dari aras laut selepas terperangkap selama beberapa hari di pergunungan tersebut akibat cuaca buruk.

Beliau bersama dua lagi pendaki negara, Muhammad Illaham Ishak dan Zainudin Lot mendaki Gunung Denali dalam misi Projek Pendakian Tujuh Puncak Tertinggi Tujuh Benua Dunia.

Zainuddin turut terperangkap bersama Zulkifli di lokasi sama namun berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat menggunakan helikopter.

Manakala Illaham berjaya turun daripada ketinggian tersebut sebelum diselamatkan. Kedua-dua pendaki berkenaan mengalami kecederaan.

Sementara itu Kelab Jelajah Alphine Malaysia berkata, untuk maklumat lanjut, semua pihak boleh menghubungi Pegawai Perhubungan Kelab, Ayob Yahaya di talian 0173372696. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan