Thursday, June 4, 2026

Pendaki Malaysia maut ketika mendaki puncak tertinggi di Alaska

Mesti Baca

SEORANG pendaki negara disahkan maut manakala dua lagi cedera ketika cuba menawan puncak tertinggi di Amerika Utara, Gunung Denali di Alaska, Amerika Syarikat, Rabu lalu.

Zulkifli Yusuf disahkan meninggal dunia semasa berlindung di snow cave di kawasan dikenali sebagai Football field pada ketinggian 5,456 meter dari aras laut.

Kelab Jelajah Alphine Malaysia dalam satu kenyataan berkata, kematian Zulkifli disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia namun akan disahkan melalui bedah siasat.

“Jenazah kini masih berada di tempat kejadian dan proseses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa untuk menunggu cuaca baik,” kata kenyataan kelab itu hari ini.

Zulkifli bersama seorang lagi pendaki negara, Zainudin Lot terkandas pada ketinggian 5,456 meter dalam misi menawan puncak tertinggi di benua tersebut sejak Selasa lalu.

Zulkifli Yusuf (anak panah) bersama Illaham Ishak (duduk kanan) dan Zainudin Lot (berdiri paling kiri) ketika pelancaran misi menawan puncak Denali 9 Mei lalu.

Katanya, pihak penyelamat telah membuat beberapa percubaan untuk mengeluarkan mereka menggunakan helikopter namun tidak berjaya kerana faktor cuaca yang berkabus dan angin kencang.

Bagaimanapun, pihak penyelamat berjaya mengeluarkan Zainudin pada pukul 6 pagi 31 Mei (waktu tempatan) dan kini sedang dirawat di sebuah hospital di Talkeetna, Alaska.

“Keadaan beliau stabil dan mengalami frostbite di kedua belah tangan,” katanya.

Manakala seorang lagi pendaki, Muhammad Illaham Ishak, 47, diselamatkan beberapa hari lepas dan kini dirawat di hospital di Anchorage, Alaska dan terkena frostbite pada tangan dan kaki.

Kelab itu berkata, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles telah dimaklumkan dan mereka akan membantu mangsa untuk proses seterusnya.

“Pihak keluarga juga telah dimaklumkan dan kami ingin ucapkan takziah dan mohon rakyat Malaysia mendoakan mangsa,” katanya.

Pada 9 Mei lalu, Muhammad Illaham bersama Zainudin dan Zulkifli melancarkan misi menawan dua lagi puncak iaitu Denali di Alaska dan Vinson Massif di Antartika untuk melengkapkan misi Projek Pendakian Tujuh Puncak Tertinggi Tujuh Benua Dunia.

Illaham yang juga anak kelahiran Balik Pulau, Pulau Pinang, akan melengkapkan misi tersebut bermula dengan pendakian di Gunung Denali, setinggi 6,194 meter selepas tertangguh lebih empat tahun akibat pandemik Covid-19 selain kekurangan dana. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan