27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Pendaki Malaysia temui ajal ketika mendaki di Nepal

Mesti Baca

SEORANG kakitangan Petronas Chemicals, Hazlami Ahmad Nizam, 33, meninggal dunia ketika mendaki Mera Peak di Nepal, semalam.

Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia (Malawakil) di Nepal berkata, pihaknya ada menerima berita kematian rakyat Malaysia ketika mendaki puncak pada ketinggian 6,476 meter dari aras laut itu namun belum mendapat laporan penuh.

Menurutnya, Malawakil mendapat panggilan berkaitan perkara itu pada jam 11 pagi (waktu Nepal).

Beliau berkata, pihaknya akan berkongsi maklumat kejadian sekiranya sudah mendapat laporan penuh.

Seorang rakan arwah yang enggan dikenali berkata, proses mendapatkan bantuan helikopter sedang diuruskan bagi membawa turun jenazah yang dijangka dilakukan hari ini.

Advertisements

Menurutnya, dia mendapat berita itu dari ahli keluarga arwah selepas dihubungi pihak yang menguruskan pendakian arwah di Nepal.

Katanya, dia mengenali arwah yang bertugas di Gambang, Kuantan ketika terbabit dalam aktiviti pendakian dan ahli keluarga meminta bantuannya bagi proses membawa turun dan membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Saya juga sudah berhubung dengan Malawakil di Nepal dan beberapa ahli keluarga arwah akan berangkat ke Nepal bagi menguruskan proses membawa pulang jenazah hari ini,” katanya.

Mera Peak adalah satu daripada 18 puncak gunung yang popular di banjaran Gunung Himalaya, Nepal. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan