26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Piala Sultan Selangor dapat tajaan RM1.8 juta

Mesti Baca

PENGANJURAN pertandingan bola sepak Piala Sultan Selangor (TSSC) mendapat khabar gembira apabila mendapat sumbangan penajaan sebanyak RM1.8 juta.

Pertandingan yang membabitkan dua pasukan legenda dalam arena bola sepak negara, Selangor dan Singapura itu akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 17 Ogos ini.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menerima sumbangan tersebut dalam majlis jamuan teh di Istana Alam Shah, semalam.

Menurut Selangor Royal Office (SRO), Kerajaan Negeri Selangor telah menyumbang sebanyak RM1 juta manakala Perbadanan Menteri Besar (MBI) menyumbang sebanyak RM200,000.

Sementara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Worldwide Holdings Berhad dan KDEB Waste Management Sdn Bhd masing-masing menyumbang RM100,000.

“RM50,000 masing-masing diterima daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd, Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Syarikat Koridor Utiliti Selangor (KUSEL),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Advertisements

Hadir sama, Pengerusi dan Pengurus Pasukan Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar.

Sultan Sharafuddin melihat poster pemain legenda bola sepak Selangor.

Selain itu, syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah Kumpulan Tanjung Balai pula sudi menaja sebuah kereta Honda City sebagai hadiah cabutan bertuah besar untuk tahun ketiga berturut-turut.

Turut menyumbang RM50,000 adalah Aerofront City Development yang turut menaja penginapan empat hari tiga malam di Marriott Kota Kinabalu dan Noble Resort Hotel Melaka sebagai sebahagian daripada hadiah Cabutan Bertuah Piala Sultan Selangor.

Perlawanan pembuka tirai TSSC 2024 akan dilakukan pasukan veteran pada 8 malam, diikuti perlawanan utama sejam kemudian.

“Penjualan tiket akan dilaksanakan sebulan sebelum perlawanan yang akan dijual di restoran Uncle K di SACC Mall Shah Alam serta di Stadium Merdeka pada hari perlawanan dengan harga RM10.

“Penganjuran TSSC dianggap ikonik sejak 2001 yang menyaksikan aksi gelanggang persahabatan antara dua musuh tradisi Liga Malaysia era semipro, Selangor dan Singapura,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan