36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Agong kurnia watikah pelantikan 11 ketua perwakilan Malaysia

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berangkat ke istiadat itu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 11 perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berangkat ke istiadat itu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baru dilantik ialah Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu, Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin yang juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Duta Besar ke Vietnam, Datuk Tan Yang Thai dan Duta Besar ke Jerman, Dr Adina Kamarudin.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Mohammad Azhar Mazlan; Duta Besar ke Jordan, Mohamad Nasri Abdul Rahman; Duta Besar ke Uzbekistan, Ilham Tuah Illias dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.

Selain itu, Duta Besar ke Senegal, Zainal Izran Zahari; Duta Besar ke Kazakhstan, Mohd Adli Abdullah; Duta Besar ke Laos, Edi Irwan Mahmud dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka, Badli Hisham Adam.

BERNAMA

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan