25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Nasib ahli UMNO sabotaj parti dalam PRU-15 diketahui esok

UMNO akan mengumumkan senarai nama yang terbabit dan akan mengambil tindakan terhadap mereka.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

NASIB pemimpin dan ahli UMNO yang bertindak mensabotaj parti dan calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diketahui esok, kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata, UMNO akan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) esok dan akan menyenaraikan nama-nama mereka yang terbabit.

“Tunggulah apabila MKT bermesyuarat, untuk dia (Khairy Jamaluddin) secara individu tidak penting.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung (UMNO) baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar-besaran, termasuk mereka yang mensabotaj parti dan calon parti pada pilihan raya umum lalu dan mungkin termasuk orang yang ‘menembak kaki sendiri‘ ketika pilihan raya diadakan.

“Bila besar-besaran itu maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa, insya-Allah esok malam akan terasa,” katanya selepas Mesyuarat Penyelarasan bersama Exco Luar Bandar (Mexclub), di Putrajaya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat MKT esok akan menentukan nasib Khairy yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO.

Ahmad Zahid bagaimanapun tidak mendedahkan senarai nama tersebut dan meminta menunggu sehingga esok.

“Tidak boleh beritahu awal, kalau strategi dikongsi dengan wartawan, tidak lagi jadi strategi, saya harus embargo maklumat itu sehingga waktunya,” katanya.

Difahamkan mesyuarat MKT UMNO esok turut akan menentukan status keahlian Khairy, yang juga bekas Menteri Kesihatan.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu sebelum ini secara terbuka ‘mengkritik’ beberapa pemimpin UMNO, selain lantang bersuara supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dipertandingkan bagi memastikan amalan demokrasi dalam parti tidak terkubur.

Dalam PRU-15 lalu, Barisan Nasional (BN) yang diketuai Zahid mengalami kekalahan memalukan apabila hanya memenangi 30 kerusi serta gagal memenangi sebarang kerusi di empat buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

UMNO yang sebelum PRU-15 begitu lantang menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP menerusi slogan ‘No Anwar, No DAP!’ dan mahu bertanding secara bersendirian.

Bagaimanapun, parti itu akhirnya menjilat ludah sendiri apabila membentuk kerajaan bersama PH dan DAP di peringkat Pusat serta kerajaan negeri di Perak dan Pahang sekali gus menamatkan ‘sengketa’ berpanjangan antara UMNO dan DAP. – Edisi 9

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan