32.7 C
Kuala Lumpur
Monday, March 27, 2023

Banduan lolos diburu polis seluruh negara

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Melaka menerima bantuan dari semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) seluruh negara bagi membantu mengesan seorang tahanan yang meloloskan diri dari Penjara Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang, di Jasin kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, ia sebahagian daripada usaha melipat gandakan operasi memburu dan menahan banduan terbabit, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 44.

Menurutnya, usaha menjejaki banduan itu telah diperluaskan selepas IPK Melaka masih belum mendapat sebarang petunjuk lokasi persembunyiannya.

“Sejak malam tadi, usaha menjejaki suspek diperluaskan melibatkan kerjasama dengan IPK dan ibu pejabat polis daerah (IPD) seluruh negara.

“Kita telah memeriksa semua lokasi di sini yang berkemungkinan menjadi tempat persembunyian suspek, namun masih belum menemuinya,” katanya seperti dilaporkan media hari ini.

Kelmarin, media melaporkan polis memburu seorang tahanan lelaki terlibat dengan kes samun yang meloloskan diri daripada Penjara Pusat Koreksional Jasin.

Baca juga:   Pilihan Pagoh dan perjuangan saya - Muhyiddin

Suspek yang sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan itu didapati hilang pada pukul 2.20 petang.

Suspek dikatakan melarikan diri dengan berselipar, memakai baju banduan berwarna hijau.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu turut tular di laman sosial Facebook dengan perkongsian gambar wajah Mohammad Roshaidi yang kini diburu pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

Baca juga:   Lelaki Algeria cederakan polis dipercayai sakit mental

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Guan Eng saman fitnah Muhyiddin, isu cukai Yayasan Albukhary

Pengerusi DAP, Lim Guang memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan beliau dikaitkan membatal...

Lagi Artikel Berkaitan