26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023

KJ tegaskan UMNO milik semua ahli, bukan MKT

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan parti keramat berkenaan adalah milik semua ahli dan bukannya hanya kumpulan individu tertentu.

Pendirian berkenaan dikongsikan oleh Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau dalam InstaStory miliknya, hari ini.

“UMNO milik ahlinya semua dan bukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sahaja,” katanya.

Ujar beliau, meskipun berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan, namun kesetiaannya terhadap UMNO tidak berubah.

“Berbeza pandangan dengan pucuk pimpinan dan menuntut proses demokrasi dihormati tidak bermakna tidak setia kepada parti,” katanya.

Melalui beberapa kepimpinan MKT, status keahlian Khairy itu dijangka akan diketahui esok selepas mesyuarat MKT.

Terbaharu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan akan ada pembersihan besar-besaran terhadap mereka yang mensabotaj parti dan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat MKT, esok.

Baca juga:   Hapus hutang bank B40 memang elok jika boleh jadi realiti - Najib

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kejar pahala, jangan siakan dengan pembaziran – Agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati umat Islam agar mengejar pahala bulan Ramadan serta tidak mensia-siakan bulan...

Lagi Artikel Berkaitan