25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Kerajaan negeri Johor ucap penghargaan peruntukan dari kerajaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Johor menzahirkan ucapan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas keprihatinan dengan meluluskan peruntukan segera untuk menambah kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi mangsa banjir di negeri itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta bagi memastikan semua kelengkapan terutama di PPS mencukupi berikutan angka penduduk terjejas semakin meningkat.

“Terima kasih juga kerana mempertimbangkan peruntukan segera RM7.6 juta bagi kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Taman Kota Emas dan bandar Kota Tinggi sebagai langkah jangka masa pendek untuk mengatasi masalah banjir di kawasan itu.

“Timbalan Perdana Menteri juga bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan kerajaan negeri untuk langkah jangka masa panjang seperti mendalam dan melebarkan Sungai Lalang serta cadangan menaik taraf jalan Kota Tinggi-Mersing,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, Onn Hafiz mengiringi Ahmad Zahid Hamidi mendengar taklimat yang disampaikan Pegawai Daerah Kota Tinggi Datin Paduka Hajah Hazlina Jalil tentang situasi semasa banjir di daerah tersebut.

Advertisements

“Kami turut berkesempatan meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir yang sedang berlindung di PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Usman Awang dan PPS SJK (C) New Kota selain menyampaikan bantuan bagi meringankan sedikit beban mereka.

Sementara itu, dalam hantaran yang lain, Onn Hafiz berharap rakyat negeri Johor yang terjejas banjir dipermudahkan urusan mereka.

“Ya Allah Ya Tuhanku. Di hening pagi ini aku berdoa kepadamu. Kau bantulah rakyat Johor yang sedang diuji dengan bencana banjir,” kata beliau.

Masuk hari kelima, banjir di Johor semakin kritikal dengan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 PPS setakat 8 pagi tadi.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan