28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sultan Johor ziarahi, santuni mangsa banjir di Kota Tinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Tinggi, hari ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, walaupun jadual yang padat, ia tidak menjadi halangan buat Baginda berangkat menziarahi dan menyantuni mangsa banjir.

“Sebaik sahaja selesai berkenan menerima mengadap tiga Menteri Persekutuan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, Baginda kemudian berangkat ke Kota Tinggi.

“Turut mengiringi Baginda, Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim,”menurut hantaran itu.

Walaupun cuaca hujan sepanjang perjalanan, Baginda berkenan memandu sendiri ke PPS Dewan Muafakat Taman Desaru Utama dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Penawar.

PPS berkenaan menempatkan 138 mangsa melibatkan 35 keluarga, manakala PPS SK Bandar Penawar pula menempatkan 250 mangsa dari 64 keluarga.

Baginda turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) berupa biskut, pensil warna, buku mewarna, ubat gigi, syampu, berus gigi dan tuala.

Pada lawatan itu, Sultan Johor turut memberikan kata-kata semangat kepada mangsa banjir, serta bertitah menasihatkan supaya sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu.

Terdahulu, Baginda turut dipersembahkan mengenai laporan terkini keadaan banjir serta kemudahan asas yang disediakan di PPS oleh Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datin Paduka Hazlina Jalil.- Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan