28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tiada keperluan tarikh baharu bagi Parlimen Padang Serai

Bagi kes Padang Serai, pengundian awal sudah pun bermula pada 7 November (undi pos) dan 15 November membabitkan polis, pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA keperluan untuk tarikh baharu atau penangguhan pilihan raya bagi Parlimen Padang Serai ditetapkan selepas kematian calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi parlimen berkenaan, mendiang M Karupaiya.

Pandangan itu dilontarkan Ketua Pasukan Petugas Khas Demokrasi dan Undang-undang Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, ia adalah merujuk kepada Peraturan 11 (6) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Peraturan itu menyebut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya boleh menetapkan tarikh baharu sebelum pengundian dimulakan sama ada melalui pengundian awal atau menjelang hari pengundian,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Katanya, bagi kes Padang Serai, pengundian awal sudah pun bermula pada 7 November (undi pos) dan 15 November membabitkan polis, pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

“Ini menyebabkan desakan untuk menangguhkan pilihan raya Padang Serai tidak perlu,”katanya.

Azalina berkata, proses pengundian awal juga sudah berjalan menyebabkan calon baharu tidak dapat dicalonkan bagi kerusi Padang Serai.

Advertisements

Calon BN bagi kerusi Parlimen Pengerang itu berkata, ia kerana bagi undian awal bagi kerusi Parlimen itu tidak dapat ditarik balik, disamping tiada peruntukan undang-undang untuk penamaan calon baharu selepas pengundian bermula.

“Justeru, undian boleh diteruskan untuk Padang Serai pada 19 November (Sabtu ini) mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya.

Sementara itu, Azalina turut memuji kepimpinan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Padang Serai, mendiang M Karupaiya.

“Beliau adalah Ahli Parlimen yang baik dan kawan baik kepada ramai (Ahli Parlimen) daripada kedua-dua blok,” katanya.

Karupaiya yang dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Parlimen Padang Serai bagi penggal keduanya, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Kulim, Kedah semalam.

Semalam, media melaporkan SPR akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan tarikh penting pilihan raya di Padang Serai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan