31.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 6, 2022

Ketidakstabilan politik mungkin berulang jika PH, PN bergabung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

EPISOD ketidakstabilan politik negara bakal berulang jika gabungan khemah besar yang sedang dirangka oleh parti-parti politik yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terlaksana.

Ini kerana menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin, semua pemimpin parti-parti terbabit mempunyai impian untuk menjadi Perdana Menteri.

“Gabungan khemah besar di antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sedang rancak diperkatakan, saya telah mendapat kertas perundingan awal dari sumber dalaman parti mereka.

“Mereka sedang mencipta pakatan baharu kerana terlalu takut dengan gelombang sokongan rakyat kepada Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Jelas beliau, hasil kajian dalaman PH dan PN berkaitan sikap pengundi pada PRU15 ini mendapati, BN mampu mendahului jumlah kerusi di Semenanjung Malaysia berbanding dengan gabungan mereka.

“Situasi itu menyebabkan pemimpin PH dan PN mula mencipta pelbagai persepsi baharu untuk mengelirukan pengundi.

Baca juga:   ‘Bermain dalam dua kolam’ jangan sampai Pas ‘lemas sendiri’

“Sekiranya perkara ini berlaku, episod drama, ketidakstabilan negara, drama siapa mahu jadi Perdana Menteri akan berulang kembali dan menyebabkan negara kita huru-hara kerana perebutan kuasa di antara mereka, akhirnya rakyat yang akan menjadi mangsa,” katanya.

Menurut Shahrul Nasrun, PH dan PN juga terpaksa mencipta persepsi bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyokong mereka untuk bersama membentuk kerajaan baharu selepas 19 November nanti.

Baca juga:   SPR bermesyuarat hari ini, tentukan tarikh penting PRU15

“Namun hakikatnya mereka lupa apa yang berlaku pada 2018, GPS tidak akan lupa bagaimana Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu meminta bayar balik hutang kepada kerajaan pusat berjumlah RM2.3 bilion dan menghentikan pelbagai projek kemudahan kepada rakyat di Sarawak.

“GPS juga telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak akan mengulangi kesilapan bekerjasama dengan PH dan sekutunya oleh itu,”katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Muhyiddin belanja wang KWSP untuk rakyat – Anwar

PERBELANJAAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk rakyat sebahagian besarnya diambil daripada Kumpulan Wang Simpanan...

Lagi Artikel Berkaitan