Thursday, June 4, 2026

JKDM nafi serbu syarikat milik Rafizi, hanya hantar notis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan pihaknya melakukan serbuan terhadap syarikat Invoke Solutions yang diasaskan oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Jabatan Kastam berkata, anggotanya ke pejabat tersebut hanya untuk menyampaikan notis.

Menurutnya, ia cuma pemberitahuan untuk pemeriksaan dokumen yang berkaitan dengan Cukai Perkhidmatan di mana syarikat tersebut telah berdaftar dibawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

“Pemeriksaan ke atas dokumen yang akan dibuat adalah prosedur rutin bagi tujuan verfikasi audit serta khidmat nasihat ke atas Pengisytiharan Penyata SST-02 yang telah dibuat oleh pihak syarikat.

“Tiada sebarang serbuan yang dibuat oleh JKDM ke atas Syarikat Invoke Solution sehingga ke hari ini,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Jabatan Kastam juga menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berdasarkan khabar angin yang boleh menjejaskan kewibawaan agensi itu.

Terdahulu, menerusi satu sidang media semalam, Rafizi berkata Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) telah melakukan serbuan kedua terhadap Invoke.

Rafizi juga memaklumkan Jabatan Kastam pula telah menghantar notis untuk melakukan perkara yang sama.

Calon PKR Parlimen Pandan itu berkata beliau yakin tindakan sedemikian merupakan penganiayaan politik yang bertujuan untuk mengubah sentimen terhadap Pakatan Harapan (PH) sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan