30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PM gesa media, penggiat seni bantu bina Malaysia Madani

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar pengamal media dan penggiat seni dapat memainkan peranan masing-masing dalam membantu membina Malaysia Madani.

Kata Anwar, amat penting untuk mengekalkan hubungan baik bersama dua lapisan masyarakat itu untuk jangka masa yang panjang supaya masing-masing dapat bersama beliau dalam membangunkan kerangka dasar itu terhadap negara.

“Alhamdulillah dapat berbuka puasa bersama lapisan masyarakat yang penting dalam membangun masyarakat madani yakni penggiat seni dan pengamal media di Dewan Merdeka, World Trade Center (WTC), Kuala Lumpur.

“Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dan asnaf dari Rumah Kasih Ibu, Ampang.

“Terima kasih diucapkan kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Besar harapan saya agar hubungan baik yang terjalin dapat kekal berpanjangan dalam kita mengisi peranan masing-masing membina Malaysia MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Semalam, Perdana Menteri menghadiri majlis berbuka puasa bersama golongan terbabit di Dewan Merdeka, World Trade Center (WTC), Kuala Lumpur.

Pada 19 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Gagasan ‘Malaysia Madani’ untuk menggantikan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang digagaskan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Konsep Malaysia Madani dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang berteraskan nilai, etika atau akhlak. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan