29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

BN tak perlu jadi ‘cina buta’ kepada parti lain – Noh

Jangan gadai perjuangan parti kerana kepentingan peribadi.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) tidak perlu menjadi ‘cina buta’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sehingga menggadai prinsip dan perjuangan parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, ini kerana dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) baru lalu, PN dan PH menentang dan menghina BN.

“Kenapa UMNO BN hendak bergabung dengan PH atau PN? Mengapa PN dan PH tidak mahu rujuk semula? Adakah PN dan PH telah bercerai talak tiga? Mengapa BN nak jadi cina buta?

“Semua parti ada prinsip perjuangan. Jangan gadai perjuangan parti kerana kepentingan peribadi,” katanya hari ini.

Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor menasihati partinya agar mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku dan kesan daripada penggabungan parti-parti politik lain sebelum ini.

Beliau berkata, dahulu Pas dan DAP pernah bergabung dan pemimpin Pas dilantik sebagai Menteri Besar Perak namun akhirnya Pas bertindak meninggalkan DAP.

Katanya, tindakan Pas itu mungkin disebabkan tidak serasi kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai ideologi yang sangat jauh berbeza.

Begitu juga Bersatu, juga pernah bersama dengan DAP di bawah PH sehingga Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat menjadi Perdana menteri namun akhirnya meletakkan jawatan selepas 22 bulan kerana tidak tahan dengan kerenah DAP.

Advertisements

Kini Pas dan Bersatu bergabung pula dan menubuhkan PN.

Sebelum ini, PH dan PN masing-masing berusaha untuk menarik ahli-ahli Parlimen BN yang memenangi PRU-15 agar menyertai gabungan parti berkenaan bagi mencukupkan majoriti mudah bagi pembentukan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Ini ekoran keputusan PRU-15 Sabtu lalu menyaksikan tiada parti datau parti gabungan yang memperoleh jumlah kerusi atau majoriti mudah daripada 221 kerusi yang dipertandingkan menyebabkan Parlimen kini tergantung.

PH yang memperoleh 82 kerusi manakala PN pula dengan 73 kerusi memerlukan sokongan daripada parti-parti lain untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, BN Perak yang hanay memenangi sembilan kerusi, telah memilih PH sebagai rakan gabungan bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Dalam PRU-15 lalu, PN memenangi 26 kerusi manakala PH pula 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan