Friday, June 5, 2026

BN kekal sebagai pembangkang – Ismail Sabri

BN tidak menyokong PH mahupun PN.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) membuat keputusan untuk kekal sebagai pembangkang dengan tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

Perkara itu diumumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hasil kesepakatan Dewan Tertinggi BN.

“Seperti yang saya janjikan semalam bahawa saya tidak akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) walau apa yang jadi sekalipun.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong PH mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya hari ini.

Malam semalam, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN bersedia menjadi pembangkang dan mencadangkan agar PN serta PH menubuhkan kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, ini kerana gabungan kerajaan PN dan PH itu lebih kukuh kerana mendapat bilangan undi yang lebih tinggi.

Menurut beliau, BN pula akan menjadi pembangkang yang bertanggungjawab melakukan semak dan imbang bagi kerajaan baharu.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan