Thursday, July 23, 2026

Apa jua yang terjadi, saya setia bersama UMNO – Hishammuddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BENDAHARI Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa beliau tetap setia bersama UMNO biar apapun terjadi, termasuk menjadi pembangkang.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, beliau bersama-sama rakan lain akan bekerja keras untuk memulihkan kembali UMNO dan BN.

“Apa jua yang terjadi, saya akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya.

“Saya akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan yang lain,” katanya hari ini.

Hishammuddin berkata, dalam apa juga formula dan rundingan, pendirian beliau jelas dan tidak akan berkompromi iaitu ‘No Anwar, No DAP’.

Malah, katanya, sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang.

“Saya bersedia untuk itu,”katanya.

Hishammuddin merupakan salah seorang daripada sembilan calon BN yang berjaya memenangi PRU-15 di Johor, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang 24 kerusi, Perikatan Nasional (dua) dan MUDA satu kerusi.

– Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan