29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN sedang berlangsung

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) melibatkan pimpinan utama gabungan tersebut sedang berlangsung di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Makluman terkini itu diperolehi menerusi siaran di Facebook rasmi BN yang memaparkan beberapa keping gambar pemimpin-pemimpin yang hadir.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Turut kelihatan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Difahamkan pertemuan tersebut adalah bagi memuktamadkan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN dalam membentuk kerajaan Persekutuan.

Pertemuan itu adalah bagi menandatangani surat akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ketua-ketua parti politik yang mempunyai majoriti terbanyak mengemukakan gabungan baharu dan calon Perdana Menteri kepada Istana Negara sebelum jam 2 petang.

Beberapa pimpinan parti Barisan Nasional (BN) dilihat memasuki Menara Dato’ Onn, sejak jam 9.40 pagi. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan