34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Muhyiddin, Anwar tiba di Istana Negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kedua-dua ketua gabungan itu dipanggil menghadap selepas tiada Ahli Dewan Rakyat mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum (PRU15).

Muhyiddin dilaporkan tiba jam 4.05 dengan menaiki kenderaan Toyota Alphard berwarna hitam.

Manakala Anwar pula dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sekitar jam 4.10 petang dengan menaiki kenderaan BMW berwarna hitam.

Advertisements

Memetik laporan Astro AWANI, kedua-dua mereka sempat melambai kepada media sejurus tiba memasuki Pintu 2 Istana Negara.

Sebelum ini Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat turut memasuki Istana Negara jam 3.45 petang.Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun turut dilihat memasuki Istana Negara tengah hari tadi.

Terdahulu YDP Agong menitahkan ketua gabungan PN dan PH menghadap baginda di Istana Negara jam 4.30 petang.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan