25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

BN kalah PRU14 angkara janji melangit PH

Mereka tawarkan pelbagai janji termasuklah seolah-olah mereka akan cat langit untuk memikat hati pengundi.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berpunca daripada pengundi yang termakan janji melangit Pakatan Harapan (PH).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PH dan parti-parti lain yang bertanding pada PRU15 kali ini, akan sekali lagi menawarkan pelbagai janji untuk mengelirukan pengundi.

“Pada PRU14 yang lalu, BN digambarkan sangat buruk dengan pelbagai fitnah sehingga ramai pengundi tidak memilih BN.

“Pembangkang ketika itu turut memainkan sentimen dengan menawarkan pelbagai janji termasuklah seolah-olah mereka akan cat langit untuk memikat hati pengundi, sedangkan semua janji-janji itu tidak langsung ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam kempen PRU15 di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kubang Palas, Padang Terap malam tadi.

Baca juga:   Harga caj perkhidmatan 5G dijangka lebih rendah- Tengku Zafrul

Tambah Mahdzir yang juga penyandang Parlimen Padang Terap, PRU15 kali ini turut menyaksikan beberapa individu masih mengejar impian dan menawarkan diri untuk kembali menjadi Perdana Menteri walaupun telah gagal ketika mereka berkuasa.

“Apa yang jelas hari ini adalah mereka mempunyai agenda peribadi iaitu nak jadi Perdana Menteri sahaja.

“Tetapi BN menawarkan seorang sahaja untuk menjadi Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti mana yang telah diputuskan oleh kepimpinan BN.

“Malangnya PH kini terus memainkan sentimen untuk mengelirukan pengundi dengan membawa naratif Ismail Sabri bukan calon Perdana Menteri jika BN menang PRU15 nanti,” katanya.-Edisi 9

Baca juga:   1 undi PH, PN, GTA = 1 undi ranapkan negara - Zahid

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan