24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Parti perlu bertanggungjawab urus sentimen penyokong – KPN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SETIAP parti perlu bertanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan sentimen penyokong masing-masing agar tidak berlaku insiden seperti di Tenom, Sabah pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak yang mewakili parti seperti calon dan pengurus kempen perlu peka terhadap perkara itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata, kejadian sedemikian adalah contoh situasi penyokong tidak terkawal boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menjadi ancaman keselamatan.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dalam menangani ancaman yang akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Demi kepentingan orang ramai, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar undang-undang,” katanya.

Advertisements

Acryl Sani berkata, segala tindakan yang perlu akan diambil bagi memastikan semua pihak yang terbabit dapat menjalankan tugas mereka dalam keadaan selamat dan yakin tanpa sebarang provokasi.

“Dengan persiapan rapi yang telah kami lakukan, kita berdoa mudah-mudahan PRU15 ini dapat berjalan dengan lancar, tenteram, aman serta terkawal,” katanya.

Sabtu lalu, tular menerusi media sosial rakaman video kekecohan berlaku di luar Pusat Penamaan Calon (PCC) Dewan DSP Antanom di Tenom apabila penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) merusuh sehingga memaksa anggota keselamatan melepaskan gas pemedih mata.

Kekecohan yang berlaku di PPC PRU15 Parlimen Tenom berpunca daripada penolakan pencalonan Presiden KDM, Datuk Peter Anthony. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan