31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 7, 2022

Annuar sahkan tidak terima jemputan ke WTC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak menerima jemputan ke majlis pengumuman calon Barisan Nasional (BN) yang dijadualkan berlangsung di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur malam ini.

Beliau berkata, tiada surat dihantar kepadanya untuk hadiri majlis tersebut.

“Saya akan meneruskan program di kawasan Parlimen seperti biasa,” katanya.

Berhubung spekulasi namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Annuar berkata, beliau sedia menerima sebarang keputusan yang dibuat parti dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terlebih dahulu.

“Saya fikir biar benda itu terjadi dulu baru kita fikir, kalau fikir rancang awal-awal itu orang kata nak mendahului qada dan qadar itu tak perlu.

“Cuma pesan saya begini jangan panik-panik, jangan menggelabah seolah-olah jadi calon itu segala-galanya dalam hidup,” katanya lagi, memetik laporan The Star.

Namun, Annuar tidak menyifatkan sekiranya tidak tercalon pada PRU-15 kali ini, ia bukan pengakhiran kepadanya selepas ini.

Baca juga:   Pekebun durian Musang King wajar patuh undang-undang - MB

“Kalau parti tidak pilih kita, itu bukanlah pengakhirannya.

“Tapi itu juga tidak menyekat kita kalau kita nak juga bertanding, kita boleh juga bertanding, kita beli borang, bayar deposit, semua orang pun boleh bertanding, orang tak ada parti pun boleh bertanding,” ujarnya.

Sebelum ini, beberapa nama Ahli Parlimen BN disebut-sebut akan digugurkan oleh pucuk pimpinan parti antaranya Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Kangar, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Baca juga:   11,813 majikan dikompaun RM1.35 juta langgar Akta 446

Wartawan

Terkini

Tauke, syarikat judi hanya layak bersama PH – Hadi Awang

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa tauke dan syarikat judi hanya layak bersama Pakatan Harapan (PH) dan...

Lagi Artikel Berkaitan