32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agong zahir ucapan tahniah kepada CEO Perkeso

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed atas pemilihan sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) ke-17 bagi tempoh tiga tahun bermula 2023.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan beliau sebagai rakyat Malaysia pertama memegang jawatan tertinggi dalam badan antarabangsa dan menerajui bidang keselamatan sosial di peringkat global.

Advertisements

“Kejayaan beliau bukan sahaja menjulang nama Malaysia di pentas dunia, malah membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial.

“Ia juga sekali lagi membuktikan Malaysia mampu melahirkan pemimpin yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa,” demikian menurut catatan Istana Negara.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan ucapan selamat bertugas dan selamat maju jaya kepada Mohammed Azman dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan dan kecemerlangan berterusan. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan