25.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 29, 2022

Sultan Perak perkenan DUN dibubarkan hari ini

Negeri ketiga membubarkan DUN selepas pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Perak menjadi negeri ketiga dibubarkan selepas DUN Pahang dan DUN Perlis hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Watikah tersebut diperoleh pada Ahad,” katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini, lapor Astro AWANI.

Berita itu menyusul selepas pembubaran DUN Pahang sepertimana diumum Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan DUN Perlis oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada Jumaat.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), Pas (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu).

Baca juga:   "Tak perlu ada 3 PM, 3 MB dalam satu penggal" - Ahmad Maslan

Saarani yang juga Pengerusi BN Perak pertama kali menghadap Sultan Nazrin Shah pada Rabu bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.

Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Pembubaran ketiga-tiga DUN adalah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Wartawan

Terkini

Tiga maut dalam nahas kereta bertembung van

TIGA rakan yang bekerja sebagai tukang gunting rambut maut selepas Proton Wira dinaiki hilang kawalan lalu bertembung sebuah van...

Lagi Artikel Berkaitan