29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi penggal ke-14 dibubarkan hari ini, selaras pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob minggu lalu.

Pembubaran itu diperkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, seterusnya memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Susulan itu Kelantan kini diperintah sementara oleh kerajaan pimpinan PAS sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti yang tarikhnya akan ditentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Pembubaran DUN Kelantan hari ini adalah lima hari lebih awal berbanding tarikh tamat tempoh penggal DUN pada 27 Jun ini.

Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

Kesemua negeri ini tidak membubarkan DUN masing-masing ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Advertisements

Pada PRN kali ini, Kelantan yang mempunyai 45 kawasan DUN bakal menyaksikan pertembungan PAS dan gabungan Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Untuk rekod, kerajaan PAS mentadbir Kelantan sejak 1990 iaitu lapan penggal tempoh pilihan raya.

Pada PRU14 lalu, PAS menang 37 kerusi manakala BN dengan lapan kerusi.

Namun satu kerusi BN jatuh kepada Bersatu selepas Adun Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti.

Selepas Kelantan, DUN Selangor akan dibubarkan pada Jumaat ini, diikuti Pulau Pinang dan Kedah pada 28 Jun manakala Negeri Sembilan pada 30 Jun.

Terengganu bagaimanapun sehingga kini belum mengumumkan tarikh pembubaran DUN. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan