27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 27, 2024

KPDN perkenal pakej Insurans Takaful Rahmah

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup hari ini dua inisiatif baharu di bawah Payung Rahmah iaitu Pakej Rahmah Insurans dan Pakej Rahmah Takaful.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua pakej tersebut ditawarkan menerusi dua syarikat insurans, Allianz Malaysia dan Etiqa (General Insurance Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad).

“Inisiatif Pakej Rahmah Insurans oleh Allianz General diperkenalkan melalui Insurans PerlindunganKu Allianz4All yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000.

“Produk ini memberi perlindungan sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas melancarkan Pakej Rahmah Insurans dan Takaful di ibu pejabat KPDN di Putrajaya hari ini.

Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal serta pendapatan hospital.

Salahuddin berkata, Etiqa memperkenalkan Insurans Kemalangan Diri Rahmah dan Takaful Kemalangan Diri Rahmah.

Advertisements

Ujarnya, pakej itu akan memberi pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.

“Peserta pelan ini juga mempunyai fleksibiliti untuk membayar premium atau sumbangan bulanan hanya dengan RM5 atau tahunan dengan RM36 (termasuk cukai jualan).

“Pelan ini layak dimohon seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 hingga 65 tahun dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPDN berharap semua pelan yang ditawarkan akan mendorong lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya golongan B40 memiliki perlindungan insurans atau takaful.

“KPDN amat mengalu-alukan semua pembekal perkhidmatan insurans atau takaful yang berdaftar di Malaysia agar dapat memperkenalkan pelan-pelan dengan harga kompetitif melalui kedua-dua inisiatif yang dilancarkan,” katanya.

Semua pelan yang ditawarkan hari ini boleh diakses dan dilanggan dengan merujuk kepada laman-laman sesawang https://www.allianz.com.my dan https://www.etiqa.com.my untuk maklumat dan perincian selanjutnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Masters Malaysia: Hajat Zii Jia tidak kesampaian

HAJAT perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk meraih kejuaraan kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas kepada pemain No....

Lagi Artikel Berkaitan